Hemm…Untuk yang baru nak belajar jual barang di internet. Sudah 3 bulan saya memikirkan perkara ini, tapi tak dapat idea lagi untuk diluahkan dalam blog ini. Ok, saya nak tulis satu persatu apa yang saya tahu mengenai jualan di Internet yang palinggg mudah dan boleh dijual di Mudah.com
1- Barang terpakai yang boleh jual.
Seperti barang-barang yang tak pakai kat rumah (selain makanan dan ubat-ubatan) seperti barangan elektrik, komputer, automatif, pakaian, pokkok, alatan-alatan, gambar2 dsb.
2- Khidmat Service
Seperti perkhidmatan service barangan elektrik, komputer, automatif, renovation rumah dan apa saje yang berkaitan dengan service.
Ok lah saya bagi itu dulu. Mari kita teliti satu per satu.
Item no 1 , bagaimana nak jual? Senang aje,
Langkah pertama ambil gambar barang yang hendak kita jual. Kedua, postkan barang yang hendak jual dalam Mudah.com.my. Ketiga, mesti ada gambar barang supaya pembeli percaya produk yang bakal dibeli sama dengan di dalam gambar. Keempat, buat kajian sikit mengenai harga paling sesuai untuk barang yang hendak dijual. Kelima, selalu update post anda. Keenam, tunggu panggilan dari customer. Ketujuh, deal dengan cutomer sebaik-baiknya. Kelapan, terima cash, kalau jauh, guna bank transfer (bank-in duit). Tu je. Kalau barang dah jual, jangan lupa delete post anda di Mudah.com.my
Item no 2.
Pada saya perkhidmatan service tidak memberangsangkan jualan di internet melainkan anda dah ada netwok anda sendiri.
ok lah nanti sambung…
Filed under: Blogroll, Uncategorized