Mudahnya Buat Duit Di Mudah.my. Bagaimana Caranya?

Memeng mudah buat duit sampingan dengan cara ini. Ini adalah cara dapatkan wang sampingan dengan mudah dan saya sudah lakukannya malah boleh dipercayai. Cara ini adalah cara jualan produk secara fizikal atau senang cakap barang tu kita nampak dan jual kepada pembeli.

Dalam masa 1 minggu pertama sahaja, jualan saya sudah mendapat RM327, bayangkan jika 1 bulan. Produk yang saya jual adalah barang-barang sukan, barang elektrik dan elektronik, barang komputer 2nd hand. Sebenarnya bergantung kepada anda apa yang anda hendak jual.

Contohnya anda hendak menjual kasut. Anda hanya perlu surf di http://www.mudah.com.my , setelah itu pilih negeri anda dan klik di negeri anda. Di atas sebelah kiri ada perkataan “Insert Ads” dan klik di situ. Terdapat satu borang yang terpapardi skrin anda.

Masukkan maklumat seperti Region ( Asal), Category (Pilih kategeri barang yang hendak jual), Pilih “Privet” untuk Advertise as, Nama, E-Mail (kalau tak ada lagi alamat emil, boleh daftar di yahoo atau google atau MSN supaya mereka bolah berhubung dengan anda), No talipon, poskod, Heading (Tajuk), Ad text (maklumat barang yang hendak jual )spt jenis kasut, warna, ciri-cirii kasut), harga, gambar jika ada.

Tekan butang “Preview the ad” untuk lihat ulangtayang, kot-kot ada silap taip ke gambar lupa nak isi ke.Setalah berpuashati, masukkan password anda di kotak password dan Repeate (Password kena ingat). Tekan butang “Insert the ad”. Anda dikehendaki membuat pengesahan setelah pihak admin mudah.com.my menghantar email kepada anda melalui email yang anda berilan.

Sudah siap..

Tip – Sila bandingkan harga pasaran dengan harga anda tawarkan kepada pembeli. Anda mungkin boleh tawarkan harga sedikit jika ada pembeli.

Leave a Reply