JANA WANG MELALUI KOMPUTER ANDA DARI RUMAH. Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini. Ledakan teknologi computer telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya setiap rumah memiliki satu computer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah. Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan komputer dirumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja. Anda boleh memanfaatkan komputer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti dan digunakan. Mempelajari computer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak seperti memperlajari perkara lain. Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi bersama anda mengenai cara menggunakan computer sebagai alat mencari wang. Kami telah menggunakan computer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap bulan dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepada kami. Komputer anda mungkin akan menjadi “lombong emas” kepada anda selepas ini. Jika selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai maklumat.
Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu dengan menggunakan computer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Disini disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui computer anda dirumah. Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara berperingkat – peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu peluang perniagaan baru kepada anda kelak. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang melanda skearan ini dimana semakin banyak pekerja yang terpaksa berhenti secara sukarela atau pun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk melanda negara kita. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu. Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berjumlah beberapa puluh billion ringgit! Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh semua orang . Anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya anda mempunyai pelan perancangan , idea kesihatan dan komitmen yang bersungguh-dungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada orang yang berada disekitar anda. Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral. Mereka perlu memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan. Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan kegagalan sentiasa bermain difikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin diatas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya. Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh usaha anda sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amata mustahil bagi kita memenuhi semua tuntutan mereka. Pengalaman dan pengetahuan didalam bidang yang akan anda ceburi nanati juga merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ‘ guru ’ yang amat bernilai kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tida gunanya usaha anda itu. Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu penting didalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan. Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja. Mereka akan memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan melias sekali
Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak. Cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan risalah/flyer perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor talipon bagi memudahkan mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan lain seperti mesin faks, komputer dan internet ini boleh menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di mana anda boleh menjalankan perniagaan anda secara meluas tanpa sempadan. Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda dengan kos yang agak murah . kad-kad perniagaan / business card juga penting. Anda boleh dihubungi dan menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus , surat menyurat, talipon, faks, email, internet dan sebagainya. Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh memilih berbagai kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan perniagaan tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebaliknya mereka maju dan berkembang melalui fizikal dan mental yang kuat serta modal dalam bentuk wang. Pemasaran yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan anda dengan lebih cepat lagi. salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan popular serta tidak memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan menggunakan kaedah mail order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada cara untuk menjalankanperniagaandari meja makan di rumah anda
1. DESKTOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA) Dengan menggunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw, Printshop Premier, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik menulis teks, mereka bentuk iklan, brosur, catalog, kad perniagaan (business kad).
Anda juga boleh menulis surat (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan “bagaimana untuk melakukan sesuatu”, jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli, menu, sijil, resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebaginya. Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda. Selain itu anda boleh juga membuat iklan didalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai modem pada komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda. Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus kerumah anda. 2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT) Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau seasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka. Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor talipon, alamat. Apa yang perlu anda buat ialah membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online. Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium, kampong anda boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak diganggu oleh talian talipun.
yang digunakan untuk panggilan kerumah anda. Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan nada kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda. Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda. Jangan lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil diantara RM2 hingga RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, talipon. Dengan kemudahan yang anda sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di kaunter-kaunter pembayaran. Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telepon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga Rm10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu. 3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH Ya dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak merteka maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer dirumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil bebrapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas. Beli beberapa buah komputer murah(asas) dibawah RM2000 secara ansuran. Anda boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada komputer, membaiki komputer, pengoperasian kcomputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.
4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN “BAGAIMANA UNTUK” Disini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya. Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hamper semua perkara boleh dijadikan topic atau tajuk. Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungoi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet. Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan didalam mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun didalam internet. Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda. Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya. Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!
JENIS PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMULAKAN DARI MEJA MAKAN DI DAPUR ANDA Juru runding perniagaan Perkhidmatan simpan kira syarikat ( akaun ) Perkhidmatan kesetiausahaan Perkhidmatan recycle ( kitar semula ) Clipping service Collection service Perkhidmatan faks Membuat promosi Juru gambar Katering Merawat bunga / tanaman Broker maklumat Perunding perisian komputer Guru komputer Deejay secara kontrak Promoter jualan Broker cetakan Broker hartanah Broker kenderaan Mencuci pangsapuri Hiasan dalaman / Pengubahsuaian rumah Ejen lelongan/jualan Melukis papan iklan Membaiki paip Membaiki peralatan elektrik
Menaip Menjahit Menggubah bunga Seni mengandam Mengajar tusyen Guru tari Guru kompang Guru masakan Menjual lauk pauk Menjual sarapan pagi Menyewakan bunga-bungaan Menyewakan pita video Guru fotografi Guru jahitan Guru sulaman/mengait Guru musik Guru nyanyian Guru agama Guru quran Ketabiban Rawatan tradisional Seminar mutu diri Membaiki motokar Membaiki motosikal/basikal Juru runding kewangan Menyewakan bilik Perunding perkahwinan Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga Menyewakan kenderaan Mencari barangan antik Multi level marketing Jualan secara parti dirumah Menjual melalui talipon Perkhidmatan talipon jarak jauh Perunding pelancongan Menghantar barang Membuat cop getah Mencetak t-shirt Membuat perabot Membuat barangan kraf Membuat kuih muih Membuat biskut dan pastri Menyewakan peralatan musik Melukis Membuat grafik Membaiki jeans dan pakaian Membuat dan menjual aksesori wanita Membuat dan menjual butang , lencana Menjual cenderahati Membuat pagar kayu Menjual kayu api Menjadi ejen import eksport Menjual buah-buahan kampung Menjual sayur-sayuran Menjual ikan perliharaan Melukis pelan rumah/bangunan Menulis buku/menulis skrip drama Menulis novel / cerita seram / remaja Menulis surat berita / newsletter Pemberita bebas. Melukis kartun Menulis artikel Agensi pekerjaan Agensi insuran kenderaan /lesen/cukai jualan Menulis surat rasmi Mengisi borang rasmi Menulis petisyen Menerbitkan panduan hartanah Typesetting Penterjemah
Ada banyak lagi yang boleh dibuat duit dari rumah , hanya anda yang boleh memikirkannya . Fikirlah di luar kotak fikiran kita dan think positif kerana 99% jika tidak mencuba adalah kegagalan dan 1% jika berusaha temui kejayaan .
Filed under: Uncategorized
Thx for sharing the information
pls contc by email