Teknik Promosi 1
Promosi Menggunakan Iklanika Percuma.
Anda ada produk , laman web atau blog untuk dikenali kepada orang ramai tetapi tidak tahu cara yang mudah untuk mempromosikannya secara percuma. Ada banyak halaman web Iklanika yang anda boleh promosi percuma sahaja.
Gunakan Google untuk mencari halaman-halaman web classifields yang anda boleh promosi dengan mudah dan pecuma.Tetapi sebelum itu anda hendaklah mempunyai alamat email dari yahoo ke,msn ke atau google serta mempunyai barang atau produk yang hendak promosikan Contohnya anda seorang agen prepaid dan ingin mempromosikan halaman web yang diberi percuma oleh syarikat prepaid itu.
1 – Pertama CARI ALAMAT WEB .
Anda pergi ke google dan cari halaman-halaman web classifields yang anda kehendaki. Contoh seperti www.cari.com.my . Klik di “SignUp”. Oleh kerana anda tiada akaun di laman web, anda hendaklah isi borang yang disediakan. Pastikan anda memasukkan alamat e-mail dengan betul kerana setelah anda “SignUp” , mereka akan meminta anda untuk verify alamat e-mail anda. Jadi , anda mesti ada alamat e-mail sendiri supaya mereka boleh menghantar maklumat kepada anda.
2 – Kedua MULAKAN PROMOSI .
Pergi ke “Logon” dan klik di situ. Masukkan user ID dan Password anda sama seperti maklumat yang anda berikan semasa “SignUp”. Sekarang anda sudah boleh mula promosikan apa sahaja. Jika anda hendak mempromosikan web atau blog anda di ruangan berbayar, klik di ruang “HOT ADS” atau “advertising” atau banner. Jika anda ingin mempromosikan web atau blog secara percuma, klik di ruang “classifields”. Disitu anda boleh promosikan secara percuma dan sebeberapa banyak yang boleh.
3 – Ketiga GUNAKAN SECARA MAKSIMUM.
Bukan sahaja anda boleh beriklan secara percuma , malah anda juga boleh bertukar-tukar link dengan laman web itu. Secara tidak langsung , anda telah menaikkan atau mempertingkatkan promosi anda. Cara untuk bertukar link cukup mudah .Hanya email kepada tuan punya website yang anda ingin link kan blog atau website anda kepada mereka dan meletakkan banner mereka di website atau blog anda. Ranking website mereka juga penting untuk dikaji kerana ia sekaligus boleh meningkatkan ranking anda di google. Oh ya .. jika anda orang baru seperti saya , banner itu adalah papan/paparan iklan elektronik yang berkelip-kelip .
4 – Keempat JOIN FORUM.
Anda digalakkan join form yang berada di laman web classfields yang anda masuk. Join forum yang berkaitan dengan produk atau halaman web yang anda hendak promosikan.Jika topic mengenai program MLM, jangan posting tentang kereta pula.Kalau boleh lakukan posting setiap hari dengan menganalisa apa-apa yang dibincangkan pada hari itu. Berikan pendapat yang bernas dan reliven serta nampak logicnya. Hormati mereka yang sedang berposting serta jangan cepat melenting atau marah kepada orang yang komplain atau tegur kepada kita .Setiap teguran itu ada kebaikannya dan menunjukan ada respond daripada orang lain.
5- Kelima NEWSLETTER.
Jemput mereka untuk menyertai newsletter anda dan secara tidak langsung , mereka telah membenarkan anda untuk menghanar email kepada mereka. Ianya teramat sangat berharga kerana anda sudah boleh mempromosikan apa-apa program affiliate anda kepada mereka. Jangan terlalu memaksa sesiapa untuk menyertai program , berikan mereka sesuatu kemudian promosikan mereka sesuatu program yang menarik untuk mendapatkan lebih banyak maklumat lagi. Disini saya sertakan alamat yang anda boleh promosikan secara percuma.
4-http://www.iklanpercuma.com/
Sekian selamat mencuba.
Filed under: Promosi Mudah 1
great blog. susah nak jumpa blog yg bagus ni.
btw, thxs for da tips.
my blog:
http://www.trustzone-earnmoneyonline.blogspot.com/
thanks atas pencerahanya
thanks atas pencerahanya
http://www.smoothearning.com