Kupon dan talian bebas tol
Kajian menunjukkan apabila kupon disertakan pada iklan anda, respon pada sesuatu iklan akan meningkat.
Ini kerana bakal pelanggan selalunya menangguhkan tindakan mereka ke atas tawaran yang anda berikan kerana merasakan tidak terlalu memerlukannya. Mereka akan lupa kemudiannya dan besar kemungkinan mereka tidak akan menemui anda lagi. Tetapi dengan adanya kupon. Mereka akan menyimpan kupon tersebut dan dibawa bersama mereka ke mana-mana mereka pergi. Apabila mereka terjumpa lagi iklan anda, dan mereka menginginkan produk anda, mereka akan teringat kembali pada kupon tersebut dan ada kemungkinan mereka membeli dari anda.
Selain itu, dengan pengunaan kupon, anda boleh memantau respon ke atas iklan anda.
Dengan mengadakan tawaran hanya jika seseorang itu mempunyai kupon, anda mampu mengira dengan tepat berapakah jualan yang terhasil dengan mengira jumlah kupon yang diterima kembali.
Talian bebas tol pula akan meningkatkan rangsangan bakal pembeli untuk menghubungi anda kerana ianya percuma bagi mereka (cara ini jika anda berkemampuan sahaja)
Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.
Filed under: Uncategorized